Random Video

Jatuh Kondominium | Kematian remaja perempuan tiada unsur jenayah - Polis

2022-09-22 0 Dailymotion

Siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kes seorang remaja perempuan maut selepas dipercayai terjatuh dari kediamannya di tingkat 11 sebuah kondominium di Persiaran Bayan Indah, Bayan Baru, Pulau Pinang pada Selasa.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya bagaimanapun masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu termasuk mendapatkan maklumat mengenai remaja berusia 13 tahun tersebut di sekolahnya.